Thursday, August 5, 2010

Peranan Pendidikan Sivik Terhadap Negara


Malaysia harus melahirkan warganegara yang beramalan gajah mati meninggal tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Membentuk pemikiran kritis dan kreatif, meningkatkan kesedaraan sivik serta kewarganegaraan seseorang dalam mewujudkan dan melahirkan warganegara yang patriotik agar dapat memainkan peranan yang konstruktif dari pelbagai bidang. Hal demikian juga boleh mengukuhkan benteng negara dalam menjalin hubungan persahabatan dengan negara jiran yang boleh dipercayai dalam usaha menangani cabaran yang dihadapi serta ancaman yang akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. 

Disediakan oleh: Tan Liang Wern (126783)

5 comments:

  1. Memang setuju. Melalui pendidikan sivik, ia dapat melahirkan warganegara yang patriotik dan bersikap nationalisme dan berusaha mempertahankan negaranya diancam oleh negara asing. Oleh sebab, pendidikan sivik mempelajari warganegaranya hendaklah sentiasa bersikap patriotik dan taat kepada negaranya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ya, saya setuju dengan kata kamu. Pada pendapat saya, pendidikan sivik membolehkan pelajar menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Peribadian pelajar perlulah berkembang secara menyeluruh dari segi rohan intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

    ReplyDelete
  4. rakyat sama-sama membentuk perpaduan...pendidikan sivik merupakan asasnya

    ReplyDelete
  5. Memang betul, saya juga bersetuju dengan apa yang ditulis di atas. Negara merupakan rumah kita dan kita harus mempertahankannya.
    Untuk memupuk semangat patriotik dikalangan kanak-kanak and remaja mestilah bermula di pendidikan.

    ReplyDelete