Mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, maksud sivik ialah ilmu tatarakyat. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Disediakan oleh: Yeow Ching Ching (197149)
Sebenarnya Pendidikan Sivik memang bermanfaat kepada semua warganegara Malaysia. Pendidikan Sivik memainkan peranan penting bagi melahirkan warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab.Di samping itu, pendidikan sivik penting untuk memupuk nilai-nilai terhadap individu yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.
ReplyDeletemanfaat memang banyak dan pendidikan sivik harus dimartabatkan supaya nilai murni masyarakat lebih tinggi
ReplyDeletePada pendapat saya, pendidikan sivik adalah penting bagi generasi muda.
ReplyDeleteMemang penting untuk negara kita memberi perhatian terhadap topik ini untuk pembangunan negara.
Pendidikan sivik penting kepada semua individu kerana ia dapat memupuk nilai murni dan melahirkan sifat harmoni pada setiap kaum.
ReplyDeleteKesedaran sivik penting dalam hubungan sesama masyarakat. Tapi,masyarakat kini kebanyakannya tidak menguasai kesedaran sivik sepenuhnya. Perbuatan tidak bermoral sering berleluasa sehingga hilang jatidiri dan budaya masyarakat itu sendiri kian pudar.
ReplyDeleteKesedaran sivik harus dpupuk dan diajar dirumah dan dibawa dalam mesyuarat pibg untuk mengigatkan guru2 kerana ia harus ditekankan sewaktu Alam persekolahan lagi.
ReplyDeletetumpang tanya , apa peranan pengawas sekolah dalam meningkatkan pendidikan sivik di sekolah ?
ReplyDeleteBagaimanakah jika hendak menjawap ketika peperiksaan lisan BM dgn tajuk kesedaran sivik?
ReplyDeletePada pendapat saya,kesedaran sivik wajar menjadi amalan masyarakat Malaysia yang cinta akan kehidupan yang aman dan harmoni.Oleh itu,langkah-langkah tertentu perlulah diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang hal ini.
ReplyDelete😊
ReplyDelete