Thursday, August 5, 2010

Langkah-langkah



Langkah pertama ialah pengakuan oleh setiap orang daripada kita bahawa kita bersalah dan kita perlu betulkan diri kita. Kesedaran sivik tidak boleh diajar dalam bilik darjah sahaja. Ia mesti diajar sepanjang masa. Ini bermakna ibu bapa dan guru-guru terpaksa mengawasi gerak-geri kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepanjang masa. Kebanyakan harta dan kemudahan awam di sekolah-sekolah yang mesti dijaga dengan baik dan guru-guru mestilah menentukan kemudahan-kemudahan tersebut terpelihara. Sekolah-sekolah yang tidak mengalami kerosakan mencerminkan setakat mana kesedaran sivik telah dipupuk di sekolah. Kesedaran sivik boleh menjamin keselesaan hidup kita.

Disediakan oleh:  Chia Chui Ting (197491)

6 comments:

  1. Betul...memang betul!!!
    Kesedaran sivik haruslah diajar dari kecil.
    Penjaga, terutamanya ibu bapa beperanan penting dalam memupuk kesedaran sivik.
    Dalam zaman sekarang, tidak hanya ibu bapa sahaja bertanggungjawab dalam sivik.Pihak seperti kerajaan juga boleh melancarkan pelbagai aktiviti seperti kempen supaya kita lebih terdedah ataupun lebih mengenali sivik.

    ReplyDelete
  2. betul betul.....memang memang betul....
    semasa kecil lagi haruslah belajar kesedaran sivik.
    ibubapa merupakan peranan yang penting untuk memupuk kesedaran sivik.
    selain itu, pelbagai aktiviti boleh dilancarkan oleh kerajaan supaya kita boleh memahami kesedaran sivik dengan lebih mendalam.

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat peranan ibu bapa dan sekolah sahaja, golongan masyarakat juga harus menyumbang kesedaran sivik seperti saling hormat-menghormati, bertimbang rasa antara satu sama lain dan sentiasa menyumbang ke atas negara.

    ReplyDelete
  4. pendidikan sivik harus lebih awal didedahkan kepada anak supaya mereka dapat memahami kepentingannya dan menjadi seorang yang cinta kepada masyarakat dan negara

    ReplyDelete
  5. pendidikan sivik haruslah digabungkan dengan ajaran agama masing-masing untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan masyarakat yang bertamadun.

    ReplyDelete
  6. saya bersetuju dengan pandangan THL. Agama merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendedahkan para masyarakat terhadap sivik.

    ReplyDelete